Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun

Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun (海上自衛隊, Kaijō Jieitai), atau JMSDF, adalah cawangan tentera laut bagi Angkatan Pertahanan Diri Jepun, yang bertugas memberikan pertahanan maritim untuk Jepun. Ia dibentuk setelah terbubarnya Tentera Laut Imperial Jepun, iaitu seusai Perang Dunia Kedua.[5] Angkatan ini memiliki armada yang besar dengan kemampuan operasi laut lepas yang nyata. Kekuatan persenjataannya secara ketat ditujukan untuk pertahanan. Tugas utama angkatan ini adalah mempertahankan kawalan negara ke atas jalur pelayaran dan melakukan rondaan perairan wilayah. Ia juga telah meningkatkan keterlibatannya dalam operasi menjaga keamanan (peacekeeping operation, PKO) dan operasi pencegahan maritim (maritim interdiction operation, MIO) di bawah pimpinan PBB.Angkatan ini berkekuatan rasmi sekitar sekitar 45,800 anggota. Ketua Turus Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun saat ini adalah Laksamana Katsutoshi Kawano.

Angkatan Laut Pertahanan Diri Jepun

Sebahagian daripada Angkatan Pertahanan Diri Jepun
Armada 19 kapal selam
4 kapal pengangkut helikopter
26 kapal pembinasa
10 frigat
6 kapal pengiring pembinasa
3 kapal pendarat
30 kapal penyapu ranjau
6 bot peronda
8 kapal latihan
(21 kapal auksiliari)
Ketua Turus, Staf Bersama Jeneral Kōji Yamazaki
Perdana Menteri JepunPemerintah Tertinggi PM Shinzō Abe
Warna Biru laut dan putih
Ketua Turus Maritim Laksamana Hiroshi Yamamura
Peranan Peperangan laut
Laman web www.mod.go.jp/msdf
Saiz 50,800 anggota
154 kapal[2][3]
346 pesawat[4]
Negara  Jepun
Kawat Gunkan March  Play (bantuan·maklumat)
Garison/HQ Ichigaya, Shinjuku, Tokyo, Jepun
Ditibuhkan pada 1 Julai 1954; 65 tahun yang lalu (1954-07-01)[1]
Menteri Pertahanan Tarō Kōno
Jenis Tentera laut